Aidilfitri | Lebih 100,000 hadiri Rumah Terbuka Perdana Menteri

2022-05-08 2

Lebih 100,000 rakyat Malaysia menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota jemaah Menteri 2022 di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Ahad.

Majlis yang dijadualkan bermula pada jam 10 pagi itu dimulakan lebih awal iaitu pada jam 9 pagi selepas ramai rakyat sudah mula beratur seawal jam 8 pagi.